Latihan Amali #TeamFurqan di bawah kursus Dakwah dan Pendidikan bhg.1



Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum wbt hai semuanya!

Ah excited sungguh aku mahu bercerita dalam blog ni ya ampuuuuuuuun!

Aku dan classmates aku yang ambil kursus Dakwah dan Pendidikan semester ini perlu buat latihan amali atau program sebagai syarat untuk lulus subjek ni. Kira macam ada percent pemarkahan untuk subjek ini dalam program yang perlu kami buat tu.

Program atau ustaz lebih galakkan kami sebut sebagai “Latihan Amali” ini memerlukan kami berprogram dengan pengisian Dakwah dan Pendidikan di perkampungan orang asli. Kami namakan program ini dengan…
“PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI ORANG ASLI”

Ustaz atur tempat kami buat program, kami pula perlu buat organisasi kami sendiri untuk pelaksanaan program tersebut. Beberapa minggu sebelum program dilangsungkan, kami bincanglah pasal organisasi tu masa kelas Dakwah dan Pendidikan juga bersaksikan ustaz masa tu. Pilih siapa pengarah program, siapa setiausaha, siapa bendahari, siapa AJK Pengangkutan, AJK Makanan, AJK Cenderahati dan hadiah, AJK aktiviti dan pasal kutipan duit yang perlu kami buat untuk menampung perbelanjaan program tu nanti. Dengan rendah dirinya aku menyatakan, kawan-kawan aku pilih aku sebagai Timbalan Pengarah Program hoi! Hahaahahaha apa lah dorang ni *nangis kelucuan* hahaha (tidak habis gelak lagi hahahahahahah!)

Masa berlalu detik demi detik, hari berganti hari tiba lah saat-saat dekat dengan tarikh program di adakan. Gerak kerja pun berjalan dengan baik sekali Alhamdulillah. Semua bagi kerjasama. Terharu. Semua tidak memilih buat kerja. Tambah sayanglah macam ni dengan rakan se-batch Furqan aku nih!

Untuk makluman semua, batch aku dalam course aku ni ada 29 orang sahaja, 3 lelaki dan 26 orang perempuan. Macam sedihkan? Kekeke. Jadi, pensyarah kami buka kuota penyertaan kepada batch lain atau senior kami lah yang sekarang semester 5. Masa ustaz bagitahu tu, aku rasa macam “alaaaaah, tidak fun lah program nanti. Mesti senior complain macam-macam bila program kami kelolakan ni tidak smooth :(“-negatif bisik hatiku. Tapi, sudah ustaz cakap kami kasihan kekurangan tenaga lelaki, lepastu jumlah kami sikit untuk membolehkan permohonan bas jadi kami akur. Kami?, aku. Aku ja kot yang rasa negatif bila ustaz kata senior kena join masa tu (saya ulangi masa itu).

Tapi, aku berusaha juga positif. Banyak perkara untuk dipelajarai dari para seniors ni sebab dorang sudah melalui buat program macam ni dalam program yang sama dan subjek yang sama. So, apa masalahnya untuk dorang join?. Hati aku pun terbukalah untuk rasa seronok bila dorang join. Lagi pun, dorang join sebab ustaz yang suruh. Siapa yang mahu join, boleh senaraikan nama dan jom berprogram bersama dak dak Furqan!. Bila dapat list nama peserta dari batch lain yang mahu join program kami ni secara sukarela, perasaan aku macam.. Allahu ada juga yang mahu join walaupun aku sangat faham masa tarikh kami buat program tu adalah puncak segala deadline assignments kena submit haha. Terharu tau :')

Kami ada buat beberapa perjumpaan untuk semua peserta yang terlibat untuk update gerak kerja dan taklimat pasal aktiviti yang akan kami buat di sana. Segala penambahan dan pembetulan dilakukan pada masa tu juga. Ustaz pun beberapa kali jumpa kami untuk tengok setakat mana gerak kerja kami telah buat dan macam mana persediaan yang kami buat untuk program tu nanti. Ustaz banyak kali pesan betulkan niat dan bina rohani yang tinggi untuk prgram ni. Jangan pernah ada masalah hati antara kawan-kawan, Buat solat sunat Hajat mohon dipermudahkan perjalanan program. Alhamdulillah, tiada masalah dalam menjalankan tugas masing-masing. Ya, semua ada tugas masing-masing tapi bukanlah satu halangan untuk tidak membantu kawan-kawan yang handle AJK lain. Jadi semangat kerjasama tu memang aku nampak sepanjang perjalanan program dari sebelum, semasa dan selepas. Mempunyai team yang hebat adalah satu rahmat! Terima kasih Allah untuk kehadiran kawan-kawan yang hebat-hebat ini!

Program kami bermula pada 19 hingga 21 November 2016 (Sabtu hingga Isnin). 
Bertempat di: Kampung Orang Asli Suluh, Ulu Kinta, Perak.
Program kami ini juga diadakan dengan kerjasama Jabatan Program Fakulti Sains Kemanusiaan, JAKIM, JAKOA dan MAIPk.

Kami bertolak pagi. Plan kami 6:30AM bas mula bergerak menuju destinasi.  Tapi ya, masa akan drag juga ke pukul 7:00AM baru bas mula bertolak. Tapi sebelum tu, mari aku ajak kalian masuk ke mesin masa aku untuk kembali kepada waktu sehari sebelum kami bertolak untuk program tu.

Aku dan kawan-kawan aku ada satu assignment yang deadline-nya pada 20 November 2016 iaitu tarikh kami sedang menjalankan program kami ni. Mahu atau tidak kami terpaksa juga siapkan assignment tu sebelum hari Sabtu supaya dapat berprogram dengan aman damai. Aku pun tidak terkecuali dari kelam kabut bagai lipas kudung siapkan tugasan tu, Sudahlah tugasan tu berbentuk video presentation yang mana kami kena record video kami buat presentation tu lepastu hantar online.
Aku start rekod video aku hari jumaat iaitu sehari sebelum kami jalan untuk program. Aku syok sendiri weh rekod video aku present depan kelas sorang-sorang hahaha. Mujur ada kelas kosong masa tengahari tu. Alhamdulillah rekod video selesai dan aku terus edit video petang tu kemudian hantar online pula malam Syukur selesai untuk tugasan tersebut.

Set up camera sendiri guna meja dan kerusi bersandarkan botol air. wuuuu!

Ada banyak perkara lagi aku belum buat untuk program tu iaitu paling penting .packing!, Aku belum basuh baju masa tu, aku belum print sijil penghargaan untuk wakil penduduk kampung, aku belum lipat pakaian aku yang sudah 3 hari dalam gumpalan tidak berlipat. Semua tu aku perlu buat untuk memastikan hati aku senang meninggalkan rumah untuk program nanti. Semua yang aku list sebagai perkara aku belum buat tu aku plan untuk buat malam tu juga no matter what! tapi guess what?, satu pun aku tidak buat sebab aku.....?

tidur krohhh krohh. Sedap aku tidur dengan perkara-perkara penting untuk program belum settle!. Astaghfirullahal'aziim~ aku sudahlah belum packing barang(langsung belum!) boleh pula aku tidur dengan lenanya hahaha.

Mujurlah terbangun pukul 3:04AM, masa tu terus terbangun melompat dari atas katil meluru ke bilik air ambil pakaian kotor untuk di basuh (ya, guna mesin basuh ya anak-anak jimat masa, lepastu guna dryer bagi kering terus fuh puas hati). Dalam mamai baru bangun tidur tu pegi cari duit untuk tukar ke syiling lagi phewww~). Sementara baju aku sedang dibasuh oleh encik mesin basuh tu, aku print sijil penghargaan dan masukkan dalam frame *efek bunyi tinggg!* siap! ok, sijil done!. Lepastu, buka sistem online tugasan sebab aku baru sedar yang aku belum siap respon Forum dalam tu habislah akuuuuu sedangkan forum tu last boleh respon hari sabtu iaitu hari program kami tu hoi!. Sambil-sambil tu aku lipat baju dan packing barang untuk program. Serius ini memang tindakan gilaaaa! Terketar-ketar aku siapkan semua kerja aku tu. Lepastu aku mandi, siap-siap untuk solat Subuh. Sambil-sambil tunggu masuk waktu tu, aku siapkan respon forum aku. Lepas siap, aku solat.

Syukur aku sempat basuh baju, sempat keringkan, sempat lipat baju, sempat packing, sempat print sijil, sempat mandi, sempat buat respon forum phewww! Masa ni aku terfikir, Allah kejutkan aku awal 3:00Am untuk aku settle-kan semua benda yang aku belum buat. Ni Allah bagi chance, imagine kalau Allah bagi aku bangun lewat tidak kah aku akan menangis tersedu sedan sebab tertinggal bas dan tidak dapat join program kami tu?, uwaaa syukur Alhamdulillah terima kasih Allah untuk nikmat peluang bangun awal dan menyelesaikan segala perkara duniawi ini :( !

 Dapat naik bas yay!


On the way.

Nota pengajaran bersama: 
- Kerja last minute adalah amalan tidak sihat. Hindarilah!
- Buat sesuatu perkara kerana Tuhan bukan kerana pujian.
- Niat baik, in shaa Allah yang baik-baik juga bakal menyusul.

Nanti aku sambung cerita ni dalam bahagian 2 pula ya. In shaa Allah!

Ma'a salamah!


Comments

Popular posts from this blog

Daily Blog Challenge | Day 6 | Elephant Film Festival 2017 !

How ARMY I am? pt.2.

Daily Blog Challenge | DAY 2

Olahraga.

Cerita Semester 2 :)