Warkah Untuk Pelajar


Bismillahirrahmannirrahim. Assalamu'alaikum wbt.

Warkah ini dari seorang kakak kepada adiknya yang bergelar pelajar  dan si adik rasa perlu dikongsi untuk semua.

Kepada adikku, dengan usiamu sekarang, bermakna perjalanan hidup adik untuk menyusuri menara gading hampir tiba dengan berbekal beberapa tahun sahaja lagi.

Dilahirkan sebagai manusia normal, sederhana dengan serba-serbi bukanlah penghalang untuk kita mencipta kejayaan. Tidak perlu membuat seantero dunia mengenal kita. Cukup melihat ibu bapa tersenyum dan menghela nafas lega melihat kita.

Tidak perlu menjadi doktor atau peguam tersohor,cukup menjadi cerminan adik-adik dan menyumbang sesuatu kepada masyarakat, bangsa dan agama.

Kejayaan itu milik anda jika itu menjadi impian, siapa yang boleh menghalang?. Sabar dan istiqomah. Cepat atau lambat kejayaan itu pasti akan datang. Lipat gandakan usaha, relakan dugaan dan cabaran yang mendatang kerana, memang benar "tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu".



Saya akhiri dengan ucapan tahniah kepada anda yang bergelar pelajar untuk kejayaan yang mendatang!



Sekian Terima Kasih.


Yang Benar,
themissela.blogspot.com

Adaptasi daripada warkah sebenar kiriman kakak penulis kepada adiknya si calon STPM 2013-2014




Comments

Popular posts from this blog

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

FATIMA KINASCY A NAME AND SECRET BEHIND IT.

#AzeaTurns20

Siapa Malaysia?

Before 2021 ends!