Menawan Bukit Bongol, Kota Belud ft Geng SMATS 0812



Bismillah. Assalamualaikm wbt ! Hai ~

Saya kembali lagi ke arena blog untuk mengisi memori baru dalam jaringan sosial ini sebagai ingatan dan tatapan aku kelak. Entah macam mana perasaan baca semua ini pada tahun-tahun akan datang kan?

Ok, seperti tajuk yang dinyatakan di atas. Aku kembali dengan sebuah entri #throwback yang sungguh mengujakan. Pengalaman hiking bersama rakan-rakan!

Tarikh: 2. Februari. 2017 | masa cuti semester 3 :D
Lokasi: Bukit Bongol, Kota Belud | Juga dikenali sebagai Bukit Nuluhan Minonggui
Trail/laluan: Kampng Mandap, Kota Belud.
 Masa: Bertolak pukul 6 pagi dari rumah masing-masing (Vivi fetched me and other friends at home thank you vivi!).
Masa mula mendaki: 07:20am
Sampai puncak: 08:50am

Ada dua laluan untuk sampai ke puncak cinta kita hahahaha bukit ini setahu aku, 1 trail bermula di Kampung Pirasan, Kota Belud dan satu lagi trail yang kami guna ni iaitu starting point untuk mendaki di Kampung Mandap, Kota Belud (masuk ke Kampung Kinasaraban tuuu).








Setahu aku juga, laluan di Kg. Pirasan itu lebih panjang dan jauh sehingga mengambil masa 2 jam untuk naik kemudian laluan dia tidak mencabar sebab laluan tu macam mendatar dan panas pun panas sebab kurang pokok-pokok untuk melindungi pendaki dari terik sinar matahari.

 
  Manakala laluan yang kami guna ni pula ma shaa Allah istighfar tidak berkesudahan hahaha. Laluannya curam lepastu kalau hujan memang licin. Itu pun kami mendaki semalamnya pula hujan. Tapi, cepat sampai dan tidak panas sebab kena lalu hutan so dia sejuk dingin mata memandang 😍😍😍 tidak cukup dengan tu, lalu aliran anak sungai pula tuuu 😍😍😍

Aku boleh kata, laluan kami guna ini memang mencabar. Lepatu banyak kali juga rasa mahu give up tapi kawan-kawan yang mendahului di atas tidak habis-habis cakap "almost there! almost there! sikit lagi! sikit lagi! puncak sudah nampak! sikit lagi!" aku yang di bawah ni terus motivated untuk teruskan juaaa! Namun hakikatnya, kata-kata mereka itu dusta belaka 😓😢😪  hahahaha but yeah! we did it guys!

 Mercu jaya! Berjaya!



 The trail

Nenek nenek si bongkok tiga, siang mengantuk malam berjaga~

 Yanie and Ila
Yanie kata, dia batalkan hasrat mendaki Kinabalu lepas mendaki ni. Dia suruh aku tawan Kinabalu satu orang eip!

 The real almost there!

 Yana sampai.
*yana is Yanie's cousin


 Beat to the peak!

Taraaaaa~
Peeps in the photograph are, Izaidy, Angah, Kak Kiyo, Ila, Da'e, Vivi, Farhana, Yanie dan Yana💗
#teamhiking2017
Selain Geng SMATS 0812, hiking ini juga turut dimeriahkan oleh kawan-kawan adik Da'e (baca: Aidah) dan kakak sepupu Vivi serta sepupu Yanie.

Bukit Bongol ni ada dua tau sebenarnya, ada dua bukit bersebelahan ha macam kita lah dekat tapi tidak bersatu ciyeeeeeee~ kakakaka
Jadi, bila kita sampai satu puncak, sebelah lagi kita boleh nampak satu lagi puncak bukit. Dia macam berjiran lah. Macam gambar ni, kami memang on top of the hill tapi belakang kami tu nama bukit yang sama tapi bukit lain lagi. Siapa sanggup boleh pegi bukit satu tu lagi, bagi orang macam aku memang tidak lah!hahaha

So let's rocking with the photos la yah!
Nurul Farhana dan Vivi Farhana.
The girls made it!
Vivi dan Da'e 
Ila loves you Da'e!
Sweet semacam gambar ni padahal Da'e tidak rela dipeluk. ya lah siapa mahu dipeluk lepas hiking? kakaka
Lovely Vivi and Yanie


Ini Farhana. Cantik kan?
Maksud aku, view belakang tu cantik kan? kekeke



SPOT THE KINABALU!😍

Jejaka-jejaka tampan yang bersama mengharungi onak, duri dan cabaran pendakian pehh ayat tidak boleh poyo lagi?

Penat semua terbayar dengan view yang saaaaaangat cantik dari atas SubhanAllah!
Kecilnya manusia kan? Jika dibandingkan dengan rahmat dan kebesaran Allah yang Maha Menciptakan :')

Setelah puas bergambar dan berehat, masa untuk turun.
Serius, turun lagi perit aaaaaaaa. Entah berapa kali aku tergelicir macam main ski hahaha


But yeah, we made it!
sampai bawah sekitar pukul 10:40am

lepastu..
main sungai yang sungguh menyegarkan!
so refreshing!

Sedangkan Bukit Bongol setinggi dan semencabar itu mampu aku tawani,
inikan pula hati mu itu?
ciyeeee~

okay, It comes to an end. 

Tapi sebelum tu konon-konon bagi tip hiking la ni. Konon cis.

Aku tidaklah arif mana memberi tip hiking dan sebagainya tapi aku boleh cakap pasal benda basic lah seperti:
- Warm up sebelum start mendaki ( ini kami tiada buat pun sebab lupa tapi benda ni sangat penting sebenarnya!)

- Tidak perlu bawa banyak barang. Cukup bawa air dan telefon atau kamera untuk ambil gambar. Bagpack yang kecil dan convinient adalah sangat digalakkan. 

- Pakai kasut. siapa tidak pakai kasut siap eip!

- Pastikan semangat kental, jiwa tidak boleh mudah robek beb wa tell you.

- Jangan buang sampah merata-rata sepanjang hiking! Ini amaran keras!. Kalau bukan kita yang jaga dan pelihara bukit kita ni, siapa lagi kan?. Please hikers!. Sampah tu jangan dibuang sembarangan. Sampah kita, tanggungjawab kita. ok?!

- Good friends needed!. Hiking lah beramai-ramai sebab kalau seorang rasa mahu give up, ada lagi 10 orang yang memberi kata semangat untuk teruskan pendakian. Ini sangat serius, lagi pun bila jadi apa-apa ramai kawan boleh bantu.

- Thanks your friends for bagi kata-kata penuh dusta dikala mereka beritahu sikit lagi sampai padahal jauh lagi perjalanan hahaahaha,

Ok, that's it. I hope it helps in any ways or maybe no? hiks.


I enjoy writing this. 
So, future Zafirah, you did it!




Team hiking 2017
yay!
 Terima kasih team hiking aku untuk kali ni. You guys rock!


FUN FACT:
1. Bongol dalam bahassa bajau adalah Pekak, tidak mendengar dengan baik.
2. SMATS : SMKA Tun Said, Kota Belud - Sekolah menengah aku tingkatan 1-5
3. 0812 : 08 adalah 2008, 12 adalah 2012 - batch aku masuk 2008, habis sekolah 2012.


 Terima kasih  sudi membaca.
Till next entry!


Comments

Popular posts from this blog

Daily Blog Challenge | Day 6 | Elephant Film Festival 2017 !

Daily Blog Challenge | DAY 2

Olahraga.

Cerita Semester 2 :)

Tentang convo.