The days that made me love Kelantan!


Bismillah.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semuanya!

Ini adalah cerita berbaur teruja jadi sila bersedia hahaha.
Aku adalah salah seorang yang bertuah dapat join satu program ni dan paling best program ini membawa aku jejak Kelantan!
Ya, memang teruja. Sabahan dapat peluang jejak negeri orang ni memang ketaksuban dia lain macam :')

Program apa?

Program Baktisiswa UPSI: Simpulan Kasih Mahasiswa Bersama Masyarakat Desa.
Bertempat di Kg. Permatang Sungkai dan Kg. Permatang Rambai, Pasir Puteh, Kelantan.
Program ni bermula pada 23-26 Februari 2017 (Khamis-Ahad).

Program ini di anjurkan oleh MMKUKLK iaitu Majlis Mahasiswa Kolej Unit Kediaman Luar Kampus. Aku, bermula semester ni, duduk luar. Maksudnya, kolej kediaman yang aku diami selama 3 semester bukan lagi tempat tinggal aku. Sekarang aku tinggal rumah baru. Housemates baru, roommate baru yuhuuu.

Kami bertolak hari Khamis petang, dalam pukul 3:15PM macam tu bas kami mula bergerak. Kami sampai Kelantan dalam pukul 1:00AM di Kota Bharu. Tiga kali berhenti di R&R untuk makan dan solat. Kami juga ada singgah di Wakaf Che Yeh yay!. Aku dapat lah juga sepasang blaus yang berhaga Rm29 selepas diskaun. Harga asal RM55. Potongan harga yang gila kan?. Tengah-tengah malam shopping baju dan segala kasut memang rare!. Harga-harga yang ditawarkan pun memang murah. Pernah dengar, makin lewat malam shopping di Wakaf Che Yeh, makin murah harga dorang bagi. Entahlah benar kah tidak. Ok, Wakaf Che Yeh, checked!

Partner dalam bas melalui perjalanan yang agak jauh. berjam-jam dalam perjalanan, lenguh pinggang duduk lama-lama.

OTW

Tag nama weee~

Malam pertama, kami tidur di USM Kubang Kerian. Aku baru tahu USM Kubang Kerian ni adalah kampus perubatan dan ada hospital USM di situ. Tidak up to date-nya lah pengetahuan aku ni. Aku tahu USM ni ada di Pulau Pinang ja sebab classmates sekolah menengah aku dulu ada di situ :)

Hostel USM Kubang Kerian cantik. Kemas dan bersih. Boleh aku membayangkan student sini mesti penuh rak dengan buku-buku medik yang tebal-tebal. Kami sampai USM dalam pukul 3:00AM juga lah lepas settle ambil kunci semua. Lepastu tidur dengan lenanya. Esok pagi kena teruskan perjalanan ke Pasir Puteh pula untuk berprogram di sana selama 3 haghi 2 maley (baca: 3 hari 2 malam).


Ini Hazirah dan Elia.
Dorang dua ni lah yang akan jadi comforter aku kalau aku gelisah, gunda dan gulana.
Bila dengan dorang ja mesti aku akan rasa, "everything is fine in no matter what".

Ini geng Sahabat YADIM aku yang turut join program ni. Oh ya, aku dapat join program ni sebab Sahabat YADIM UPSI ada kerjasama dengan pihak penganjur. Jadi, 5 orang ahli Sahabat YADIM UPSI kena jadi wakil untuk berprogram bersama MMK UKLK.

otw to Pasir Puteh
Kampung Permatang Sungkai.
Roomate aku berasal dari Bachok, Kelantan. Sebab tu aku ambil gambar signboard ini hiks.

Sampai di Kampung Permatang Sungkai, kami dapat "warm welcome" dari penduduk kampung. Tambahlah teruja!. Program kami ni melibatkan penduduk kampung dan kami akan dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing. Ini first time aku join program anak angkat,, sebelum ni mama ja yang selalu terima anak angkat. Sekarang, aku pun sudah ada ibu angkat yay! self-achievement unlocked maybe? kuikuikui.




Inilah barisan peserta yang join program awesome ni. Aku tidak tipu, ini memang serius. Aku suka tengok budaya kerja AJK program ni, they work as a team tu satu, aku dapat perhatikan juga hubungan dorang macam family. Rapat :")

Aku dapat ibu angkat yang mempunyai 2 orang anak yang comel. Partner keluarga angkat aku pula bernama Tasha. Nanti scroll bawah sikit aku tunjuk gambar Tasha dan family angkat aku. Ibu angkat aku minta kami panggil ummi. Sweet kan?

Lepas balik rumah keluarga angkat, petang tu kami ada misi iaitu misi memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan di Kampung Permatang Sungkai dan Kampung Permatang Rambai, yang lain buat gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan dan membersihkan Madrasah di sekitar kampung tersebut.

Malamnya pula ada program "Jom Ke Masjid" iaitu slot forum agama yang dilaksanakan di Madrasah yang kami bersihkan petang tu.

Keesokan harinya pula, iaitu hari Sabtu. Bermula waktu pagi sampai 3:30PM adalah masa bersama keluarga angkat.

Pagi tu, budak-budak cuti sekolah (ya iyya lah hari sabtu khennn). Jadi, aku pun join lah kanak-kanak ini bermain pagi-pagi tu. Kami main teka-teki wuuuuu.

Ini lah geng kanak-kanak aku yang layankan saja kakak sabahan ni try cakap Kelantan walaupun buruk benar bunyinya :')

Kemudian, dorang bawa morning walk around the paddy field. Cey orang bandar sangat kan? padahal orang kampung juga. Sawah-sawah padi ni biasa , di kampung akak di Kota Belud pun ada padi. Tapi ya, kita layankan saja, dapat juga spent time dengan adik-adik comel ni.

Masa aku minta adik-adik ni post macam ni, ada kawan dorang belakang aku cakap macam ni
"mu maye kah?"
(baca: Kamu sembahyang kah?) 
hahahaha!


Fav photographs!


The kids are playing something. Masa ni mahu join dorang tapi, family angkat aku bawa aku dan Tasya jalan-jalan beli ikey (ikan) di Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali.


Lepastu, singgah Pantai Tok Bali. 



Little picnic with the little happy family
Abah, Ummi, Adik Amin and (supposed to be Uzma there).

Aku bersyukur sangat dapat keluarga angkat yang sungguh loving dan buat kami rasa selesa. Terima kasih ummi sebab baik sangat dengan kami. Terima kasih ummi sebab rajin masakkan makanan sedap untuk kami. Terima kasih juga abah sebab sudi dan tabah pinjamkan motosikal dan hantar kemudian ambil kami masa ada program di dewan. Terima kasih Allah untuk pengalaman ini. Lapangkanlah rezeki keluarga ini dan kurniakanlah kebaikan yang melipah ruah untuk mereka. Amiin!

Petangnya pula, ada sukan rakyat dan sukaneka yay!.
Sukaneka dan sukan rakyat paling happening!

Setarik Upak (In my Samah) a.k.a Tarik Upih.

Aktiviti ini dikendalikan sepenuhnya oleh Belia Pasir Puteh. Dorang buat sangat happening. Semua orang enjoy. Semua peserta dapat rasa main. Best!


This boy named Rizal? (Ya Allah I forgot already) tapi kami sembang macam-macam.
Suka dengar budak-budak cilik cakap slang Kelantan. Comel!


And the night ada....

DIKIR BARAT yahuuu!
My favorite yallsss!
Suka Anak Tupai. Tidak percaya tanyalah roommate aku,, berapa kali aku ulang lagu Anak Tupai tu dalam bilik? hahaha.

Ini fotografi bersama para kumpulan Dikir Barat yang awesome!

The next day. Final day. 26/ Februari/ 2017 (Sunday)

Kanak-kanak pegi sekolah, penduduk kampung pegi kerja. Kami pula?, bersiap-siap hendak pulang. Hmm sedih, Tapi tidak terus pulang pagi tu. Kami kena buat program di 3 buah sekolah sekitar kampung tu. Maksud aku, sekolah tu tidak jauh dari kampung tu. Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan dan sememangnya sudah dimaklumkan sebelum kami datang sini. Brief pasal modules semua pun sudah.

Ini lah kami semua. Baju kami oren.

Sebelum pegi sekolah, kami pegi kedai biskut. Bukan kedai. Dia macam pusat untuk membuat biskut yang pelbagai. Kita panggil apa ya? hahaha aku kehilangan kata yang sesuai untuk ini. Tapi tengok lah gambar ni kot kot kalian boleh faham hihi.



Tempat tu macam buka tempahan biskut raya (malah bukan masa hari raya pun boleh tempah) dengan lebih luas. Sasaran bukan hanya pada penduduk setempat tapi juga kepada seluruh negara!.
Kami datang dapat makan biskut raya percuma, siap ada yang dapat balang biskut dan biskut sekali. Terima kasih!.
Kami juga dapat tengok sendiri dapur dorang macam mana, oven yang mereka guna dan dorang buat biskut macam mana pun ada, Best!

Inisiatif untuk menambahkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Memang cool lah!

Ini lah Tasya. Roommate aku di rumah keluarga angkat kami.
Tasya pernah jumpa Tasha Manshahar lepastu ada gambar dengan Syed Syamim. Masa dia tunjuk gambar tu aku hampir meroyan tengok hahaha.
Rupa-rupaya, dak Tasya ni tinggal di sebelah rumah aku ja, satu floor. Tapi tidak pernah jumpa pun. Well yah, program ini menyatukan kami berdua. Cewah.

Lepas melawat "the biscutes" raya stuff. Kami pun meneruskan agenda kami yang terakhir untuk program ini iaitu, buat program di sekolah. Nama aku tersenarai dalam kumpulan peserta yang akan berprogram di SMK Sri Maharaja, Pasir Puteh, Kelantan. Weee~ merasa jadi fasi untuk adik-adik PT3 sekolah tu.



Ini team aku. Nama kumpulan yang adik-adik ni pilih adalah Arnab.
Dorang kena bentang pasal jenis-jenis I-Think Maps. 





Adik-adik ni sedang buat surat untuk diri mereka sendiri. Mereka akan baca balik masa dekat-dekat exam PT3. Cikgu kaunseling dorang akan bagi balik dengan dorang.

Refleksi.


Ini kami sekumpulan. Partner aku jadi fasi grup ini bernama Doy. Dia Sabahan juga yuhuuu.




The crews yang incharge program di SMK Sri Maharaja.
All the best adik-adik!

Lepas siap program dengan adik-adik di sekolah, kami pun balik dalam sekitar pukul 1:30PM macam tu. Kami balik rumah terus, siap-siap kemas barang dan makan masakan tengahari ummi buat kali terakhir *sob sob sob*


Ini masa program perasmian penutupan. Ummi turun sekali walaupun kena mengajar :')
Adik Uzma dan kanak-kanak yang lain petang tu sudah balik dari sekolah jadi dapatlah buat lambaian terakhir untuk keluarga angkat masing-masing.


Setiap keluarga angkat akan dapat gambar yang kami ambil masa mula-mula penyerahan keluarga dan anak angkat iaitu masa hari pertama kami datang sini.

Ini pula sebahagian keluarga Sahabat YADIM UPSI aku.
Kami berlima jadi wakil untuk join program ni. Sebab SY UPSI ada kerjasama dengan program ni.
Masa presiden call bagitahu aku kena ikut program ke Kelantan ni, akulah manusia paling teruja hahaha. Apa tidaknya, merasa jejak negeri orang (percuma pula tu!ehh).

Final photograph with Ummi, adik Amin dan Uzma.

Terima kasih Ummi dan Abah serta adik-adik. Terima kasih sebab bagi layanan yang sangat baik dengan kami berdua. Saya doakan keluarga Ummi dan Abah bahagia di duania dan akhirat! Amiin!

Lepas habis majlis penutupan, kami makan laksa Kelantan yang sunggu sedap tahap walaupun kenyang tapi tetap mahu makan lagi dan lagi.

Terima kasih penduduk Kampung Permatang Sungkai dan Permatang Rambai, Pasir Puteh Kelantan!
Kampung ini sungguh mengingatkan aku dengan suasana kampung aku di Kota Belud sana. Hihi. Sebab tu juga rasanya kenapa aku sangat suka Kelantan.

I want to explore more about the places in Kelantan!
Ni nak oyak, Kelantan comey sengoti!
Demikianlah cerita trip program Kelantan aku. Aku sangat bersyukur sebab terpilih jadi sebahagian dari program ini. Terima kasih buat semua pihak yang sungguh baik hati! Terutamanya kepada team MMK UKLK, you guys rock!


Terima kasih sudi membaca entri ini.
Jumpa lagi!
Ma'a salamah :)


Comments

Popular posts from this blog

I'm sorry, this is another heart break story.

Healing from a heartbreak thoughts.

Aku&SEMEKAR: 2 Sudah, 1 lagi : )

My September 2022 : Our Best Friend Kahwin!

Kerinduan yang ke-9 tahun.