Posts

Showing posts from August, 2016

Siapa Malaysia?

Image
Siapa Malaysia tanpa Sabah dan Sarawak? Benar. Tapi jangan lupa, siapa Sabah dan Sarawak tanpa Tanah Melayu?. Siapa jadikan siapa bukan isunya. Kita. Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Kita bersatu.  Kita bersama membina nama. Dan sebenarnya, kitalah yang jadikan Malaysia. Selamat menyambut hari merdeka ke 59 tahun Malaysia. Kekal aman dan sejahteralah!

Cerita Semester 2 :)

Image
Bismillah. hai! Lagi seminggu cuti semester mahu habis baru terkedek-kedek buka laptop untuk update blog ya? ini pun sebab rindu bunyi keyboard tik tak tik tak. Sebelum papan kekunci ini mula sibuk untuk assignments buka semester baru nanti, ayuhlah kita melatih jari-jemari ini menaip supaya tidak kekok setelah lebih 2 bulan bercuti dengan bahagianya :') Ok, kita mula dengan Housemates!  meet my housemates: awien - Umiy - Izzah & Syud *tiada dalam gambar: Auni* Shawl purple tu lah Auni. Tapi gambar ni Awien pula yang tiada. Susah betul Untuk dapat gambar yang semua muka ada... Sampaikaaaannn... Terpaksa tampal muka siapa yang tiada. Masa ni buka puasa di cafe sebab rumah kena fogging so terpaksa buka puasa di kafe tapi masa ni Syud pula yang tiada. Tu yang tepek ja gambar syud tu. Hasil kekreatifan Awien kalau tidak silap. AT LAST!, ada gambar complete semua ada yay! Ya Allah rindunya dengan dorang niii T_T Hosemates aku awesome tau!