Posts

Showing posts from March, 2016

Video: Persembahan Kompang SEMEKAR 2014

Image
Assalamu'alaikum wbt. Ada orang tidak sedar diri yang assignments belum siap tapi nekad mahu edit video kompang yang direkod pada 2 tahun yang lalu. Kemudian di publish phewww~ Nah. Yang rindu tu, tengoklah. ps: abaikan suara makcik-makcik yang bising complain itu ini dalam video ni keh?! haha kbai~

aku.

Sedih seorang-seorang, Nangis seorang-seorang, tu aku.

Olahraga.

Image
Assalamu'alaikum wbt. Salah satu subjek yang aku hadap semester ini adalah Olahraga. Aku bukan wanita bersukan. Aku juga paling tidak aktif dalam sukan masa di sekolah dulu. Masa sekolah dulu, aku tukang bancuh minuman dan sedia makanan saja untuk para atlet rumah sukan aku. Jadikan aku AJK makanan dan sedia peralatan untuk para atlet mahu pun untuk pasukan perbarisan rumah sukan, aku rela. Jangan bagi aku sukan, lagi lagi olahraga. Apa ja sukan aku dulu?, bola jaring tapi tidak pernah jadi wakil sekolah pun haha, paling malas turun latihan tu aku lah. Ugh cukuplah semua kenyataan tu menunjukkan aku ni bukan sport people. Jadi, semester ini aku tiada pilihan, aku tidak suka? aku benci? aku tiada pilihan. Subjek wajib hoi~ Sekarang masuk minggu ke tiga aku datang kelas olahraga. Ok, bukan kelas pun... sebab buat di padang. Mahu tahu?, olahraga best! Berpanas, berlelah tu biasa. Minggu lalu grup aku kena lari 2.4KM bersamaan dengan 6x pusing padang 400m. Nampak m

Lapar 2.

Assalamu'alaikum wbt. 04. Mac. 2016, Jumaat. Kelas aku mula pukul 8:00am - 11:00am. Habis kelas tu, aku lapar sangat.  Dalam perjalanan mahu balik keluar dari bangunan tempat kelas aku tu aku buat plan dalam kepala mahu beli makanan dengan kawan. Sekali tu... ada orang buat agihan makanan percuma! Nasi tomato dengan ayam masak merah dan air mineral. Aku dengan kawan aku gembira tidak habis-habis cakap Alhamdulillah! Baiknya Allah! Baiknya orang-orang itu! Allah bagi terus! Pemurah betul Allah kan? Rezeki datang bila kita perlu dan paling best, datang tanpa disangka. Macam-macam cara orang buat baik sekarang. Berebut-rebut buat baik. Maa sha Allah!

Lapar.

Assalamu'alaikum wbt. Semalam, 03.Mac.2016, Khamis. Aku puasa. Pagi tu aku ada kelas, 8:00am-10:00am. Dalam kelas pagi tu aku ok. Cuma sejuk. Macam winter season tunggu salji turun (berlagak pernah rasa winter cis). Sejuk, cepat lapar kata mereka. Mind-set aku pun kata "ya, sejuk dan kau lapar". "Tapi aku puasa hoi!" kata perut aku berbunyi. Lepas habis kelas pukul 10:00am, aku ambil bas ke kampus lama untuk beli ink printer yang betul di kedai yang berhadapan dengan kampus lama tu. Aku jumpa ink yang sesuai dengan printer aku dan berharga RMT_T. Mahu atau tidak, aku mesti beli juga untuk kemudahan diri sendiri. Semalamnya pula, RM35 aku burned untuk beli ink juga. Tapi ink yang aku beli tu salah. Aku punya pasal juga tidak study dulu spesis printer aku dengan ink yang ngam dengan printer tu. Sobs. Rosak mood aku seharian itu. Tambah lagi lapar. Lepas beli ink printer, aku ke library. Mereka kata aku rajin ke library. Tapi, mereka tidak tahu