Posts

Showing posts from September, 2015

WordlessWednesday: Aku lupa semangat yang lalu | Coretan cuti Hari Malaysia

Image
Assalamu'alaikum wbt. Aku masih dalam proses mengenali hidup di alam baru bagi aku ini. Masih kabur. Aku masih tidak faham, masih tercari-cari. Nama pun proses kan? nanti, biasalah. Aku baca entri lama, mana tahu jumpa pesanan "aku" yang dulu . Ternyata, aku sesemangat ini. wah! Tugas kita sebagai pelajar itu Aku akan cuba teruskan!  ****** Salam 16 September, salam Hari Malaysia, salam #sehatisejiwa  meriah Malaysia dengan pelbagai budaya, penduduk majmuk dari berbilang kaum, bangsa dan agama  duduk dibawah langit yang sama,  setia pada kebanggan kibarnya bendera. meriah juga dengan pelbagai warna.  Ada kuning, ada merah hihihi Aku sayang Malaysia. Teruslah bersatu, teruslah seia sekata,teruslah damai, teruslah aman. Aku sayang kau, Malaysia. :)

WordlessWednesday: Detik-detik terakhir sebelum bergelar pelajar U

Assalamu'alaikum hai blog. lama aku berniat mahu update kau. banyak aku mahu cerita. banyak gambar aku mahu sertakan. cuma aku tangguh. sebab, aku sibuk menyelesaikan banyak perkara untuk persediaan masuk U. antara lain aku kurang arif dalam mencuri masa untuk edit gambar.  ya lah mencuri kan perbuatan yang tidak elok. eh? hehe Teringat, dulu dipupuk dari sekolah rendah "belajar mesti rajin. besar nanti dapat masuk U" Alhamdulillah, aku sedang ke arah itu. terima kasih mama, terima kasih guru-guru. terima kasih ahli keluarga, terima kasih sahabat-sahabat. terima kasih Allah untuk anugerah nikmat bahagia dengan cinta ini! MARI BERYUKUR! Semoga langkah ini tidak goyah untuk meneruskan perjuangan. LILLAHI TA'ALA!