Ahlan wa sahlan ya Ramadhan 1436H :)

Assalamualaikum wbt.

Selamat datang Ramadhan yang paling dinanti.

Ramadhan Kareem!

Terlalu banyak dan besar misi aku untuk Ramadhan kali ini.

Sama seperti Ramadhan yang lalu;
Buku-buku, almari pakaian, rak buku, meja belajar aku sarat dengan nota-nota misi Ramadhan.

Tidak perlu aku nyatakan di sini misi-misi itu.
Cukup untuk aku tahu, dan semua orang tahu.

RAMADHAN, bulan tarbiyah. Semua berharap menjadi seorang hamba yang terbaik dari masa lalu.

Ramadhan, bulan pesta. Bulan Pesta Ibadah. Semua pahala dilipat ganda. Doa-doa diterima.
Semua berlumba-lumba memperbanyakkan amalan sunat dan meningkatkan kualiti ibadah wajib.

Ramadhan ini, mari jadi lebih baik!

Ramadhan ini, mari menghambakan diri.

Ramadhan ini, mari jadikan penuh erti.

Ramadhan ini, semoga bukan yang terakhir.

Manisnya Ramadhan.
Indahbya Ramadhan.
Tenangnya Ramadhan.
Sucinya Ramadhan.

Sungguh,
nikmat Ramadhan ini, untuk semua.
Tiada yang terkecuali.

Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan Al Mubarak!

Mari berpesta ibadah!

Comments

Popular posts from this blog

I'm sorry, this is another heart break story.

Kerinduan yang ke-9 tahun.

What to react...

Healing from a heartbreak thoughts.

Aku&SEMEKAR: 2 Sudah, 1 lagi : )