Posts

Showing posts from June, 2015

Temuduga Pendidikan Islam UPSI Sesi 2015/2016 dan Kawan Baru :)

Image
Assalamu'alaikum! hai! amboi tajuk bukan main panjang haha. Ni mahu ceritalah pengalaman aku temuduga atau interview atau kalau malas taip orang tulis 'iv' jaa masa 14 Jun 2015(Ahad) di Universiti Malaysia Sabah atau UMS. Detail okay maklumat masa dan tempat, excited letteww. Hebahan untuk check siapa yang dapat temuduga tu 9 Jun (Rabu). Memang kelam kabut aku dibuatnya untuk buat persediaan, sudahla orang jenis yang belum pernah pegi mana mana temuduga. Itu first time la tu. Habis blog-blog orang aku geledah baca pengalaman, jenis soalan lah bagai masa temuduga. Temuduga kami mula jam 8.30 am. Aku dibawa bertolak oleh kakak aku yang drive bersama mama pun turut serta dalam jam 6.30am . Malam temuduga tu, aku siap siap iron baju, tudung, standby kerongsang segala pin, kasut letak tempat yang mudah dicapai. Malam tu juga aku sibuk la tanya kawan-kawan aku minta tips la, minta kirim doa la, bagi kata2 semangatlah sebab memang rasa cuak tu mula men

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan 1436H :)

Image
Assalamualaikum wbt. Selamat datang Ramadhan yang paling dinanti. Ramadhan Kareem! Terlalu banyak dan besar misi aku untuk Ramadhan kali ini. Sama seperti Ramadhan yang lalu; Buku-buku, almari pakaian, rak buku, meja belajar aku sarat dengan nota-nota misi Ramadhan. Tidak perlu aku nyatakan di sini misi-misi itu. Cukup untuk aku tahu, dan semua orang tahu. RAMADHAN, bulan tarbiyah. Semua berharap menjadi seorang hamba yang terbaik dari masa lalu. Ramadhan, bulan pesta. Bulan Pesta Ibadah. Semua pahala dilipat ganda. Doa-doa diterima. Semua berlumba-lumba memperbanyakkan amalan sunat dan meningkatkan kualiti ibadah wajib. Ramadhan ini, mari jadi lebih baik! Ramadhan ini, mari menghambakan diri. Ramadhan ini, mari jadikan penuh erti. Ramadhan ini, semoga bukan yang terakhir. Manisnya Ramadhan. Indahbya Ramadhan. Tenangnya Ramadhan. Sucinya Ramadhan. Sungguh, nikmat Ramadhan ini, untuk semua. Tiada yang terkecuali. Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan Al Mubarak!

YouTube: Doa Sambut Ramadhan_Ustaz Maulana

Image
Assalamu'alaikum! Hey! saya ada akaun yotube! hahaha macam lucu ja kan hahahaha. Ok stop! Ini saja lah mahu test upload video yang aku record masa datang ceramah Ustaz Maulana dari Indonesia yang sangat popular dengan trademark-nya: Ustaz: "Jamaah?" Jemaah: "yeeeey!" Ustaz: "Oh jamaah?!" Jemaah: "Yeeyyy!" Ustaz: "Alhamdu..?" Jemaah: "Lillah!" Ya ampuuuuun, ustaz ini kok sangat lucu ya? para audience malah ketawa terus mendengar ceramahnya *terus cakap macam orang Indon juga la kan lulz* Ceramah ini diadakan di Perkarangan Masjid Negeri Sabah pada 30 Mei 2015. Keterujaan yang amat untuk datang ceramah Ustaz Maulana ni sebab selalu tengok di TV saja channel Astro Pelangi itu pun masa promosi bagi free saja tengok. Lepas habis promosi terus tidak dapat tengok sebab tidak melanggan pakej Astro Indo Pek. Sepi saja khabar ustaz ni. Sampailah dapat tahu jemputan Ustaz Maulana da