Posts

Showing posts from September, 2014

Ex SMATS ada di SEMEKAR

Image
Assalamu'alaikum wbt ! Hai ! Dari Kiri: Zuraina, Zafirah, Haslinda Akma, Zulkefli, Nizam( satu-satunya pelajar SMATS batc '96 @SEMEKAR), Saflie, Azilah dan Adillah Ini adalah mereka. Pra-U di sini. Haluan ini tidak pernah kami duga, tidak pernah kami rancang. Tapi tetap yakin, Allah telah berikan yang terbaik. Doakan perjalanan dan langkah kami untuk terus cekal gagah menuju kejayaan seiring dalam usaha mujahadah memburu redha-Nya. Kami akan menghadapi peperiksaan besar STPM penggal 1 dan penggal 3 bermula pada 3 November hingga 10 November 2014. Kirimkan kepada kami cas-cas positif itu walaupun dari jauh. Sungguh, SMATS sentiasa dirindu. Setia di hati. Salam Rindu dari kami: Calon STPM penggal 3 dan Calon STPM penggal 1 bagi tahun 2014. *pssst: kawan-kawan yang sedia berada di IPT, nantikan kedatangan kami. Tidak lama lagi :) tiada dalam gambar: Azlizan, Suhana dan Fazilah :)