Posts

Showing posts from June, 2014

Dear Last Semester for STPM 2013/2014,

Image
Assalamu'alaikum. Hai! STPM Sem.3! Dua Kerja Kursus perlu disiapkan. Silibus bagi setiap matapelajaran memerlukan aku untuk kalis cabaran.   Saya cukup maklum yang cabaran yang akan ditempuhi bukan mudah. Tapi, izinkanlah saya mencuba sedaya upaya saya untuk membuktikan yang saya boleh. Saya tahu, bagi memperoleh kejayaan itu tidak mudah. Disebabkan oleh itu saya perlu mujahadah niat dan berusaha habis-habisan kerana Allah. Saya tidak mahu tewas dengan pengaruh terpesongnya nawaitu ketika belajar. Sebaliknya, saya akan belajar untuk tahu bukan untuk peperiksaan semata-mata.  "Zafirah, dunia ini untuk berjuang dan penat, kita rehatlah bila mati nanti di syurga" Biar penat sekarang, biar. "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia"  (Al-Mu'minun,23:1-3) "Sesungguhnya bersama kesu

Cerita Cinta Ahmad Ammar sebagai motivasi dan inspirasi.

Image
Bismillah. Assalamu'alaikum. Aku baru habis baca buku yang baru aku beli guna BB1M yang berjudul Cerita Cinta Ahmad Ammar. Tidak dinafikan, siapa yang tidak tahu cerita fenomena Ahmad Ammar?. Kematiannya membangkitkan banyak jiwa. Semasa baca buku itu, diri ini tidak berhenti dari berkata, Allah mulia sungguh budi pekerti Ammar ini, berakhlak terpuji, disenangi dan disayangi oleh orang-orang yang mengenalinya. Prinsip hidupnya yang lebih rela berpenat di dunia demi mencari dan mendalami ilmu itu sungguh SubhanAllah!. Visinya yang ingin menjadi sejarawan perantau, menziarahi serta mengkaji ketamadunan dan kekayaan sejarah bangsa negara Turki dan kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka membuatkan setiap hati-hati yang dulunya leka dan alpa terhadap tanggungjawab serta amanah sebagai penuntut ilmu kembali sedar akan keutamaan itu. Hati-hati yang asalnya merungut dan sering mengeluh kembali mencerminkan diri sendiri, jika Ammar dan sahabat-sahabatnya boleh kenapa aku t