Posts

Showing posts from 2014

Disapa rindu.

Image
Sakit betul rasa rindu ini. Sakit. " There are days when I have no strength to go on, I feel so weak and I just couldn't help asking 'why?'.. But I have to go through all these pain because I truly accept and believe that to Allah we all belong, and to HIM we'll return . " Pak, rindu :'( Al-Fatihah untuk bapa. Di sana.

Kalau rindu, doa.

Image
Kenapa hilang orang yang kita sayang ni sakit? Sebab kita sangka dia milik kita, kita lupa dia juga milik Allah. Sama macam kita - mato@Blog Aku Islam. Bismillahirrahmannirrahim. Assalamu'alaikum wbt. Lama aku tidak menulis. Ya, aku tahu. I've been through tough and hectic life with ups and downs, with final STPM semester but yeah, I finished strong my STPM. Yup, us the STPM-ers all around Malaysia just finished strong our STPM!  Alhamdulillah!. Tapi. Perkara yang aku tidak pernah aku gambarkan akan terjadi, jadi pada aku, perkara yang paling aku takut, jadi pada aku, perkara yang aku tahu akan buat aku sedih, berlaku pada aku, perkara yang buat aku dengan keluarga aku perlu tabah dan menerima hakikat akan hak mutlak Allah memiliki segalanya , berlaku pada aku. Bapa milik Allah. Bapa hak milik Allah. Bapa tidak pergi. Jasadnya sahaja yang tidak kelihatan. Semangat bapa,  kasih sayang bapa,  pelukkan bapa,  kucupan bapa di

Ex SMATS ada di SEMEKAR

Image
Assalamu'alaikum wbt ! Hai ! Dari Kiri: Zuraina, Zafirah, Haslinda Akma, Zulkefli, Nizam( satu-satunya pelajar SMATS batc '96 @SEMEKAR), Saflie, Azilah dan Adillah Ini adalah mereka. Pra-U di sini. Haluan ini tidak pernah kami duga, tidak pernah kami rancang. Tapi tetap yakin, Allah telah berikan yang terbaik. Doakan perjalanan dan langkah kami untuk terus cekal gagah menuju kejayaan seiring dalam usaha mujahadah memburu redha-Nya. Kami akan menghadapi peperiksaan besar STPM penggal 1 dan penggal 3 bermula pada 3 November hingga 10 November 2014. Kirimkan kepada kami cas-cas positif itu walaupun dari jauh. Sungguh, SMATS sentiasa dirindu. Setia di hati. Salam Rindu dari kami: Calon STPM penggal 3 dan Calon STPM penggal 1 bagi tahun 2014. *pssst: kawan-kawan yang sedia berada di IPT, nantikan kedatangan kami. Tidak lama lagi :) tiada dalam gambar: Azlizan, Suhana dan Fazilah :)

Yull.

Image
Bismillah. Assalamu’alaikum! Hai! Entri ini ditulis khas buat seorang kawan yang kami kenali sejak berumur 13thn lagi sampai la sekarang di penghujung usia belasan tahun kami, Alhamdulillah!. Yul. Ya, dia bernama Yull. Yull is a girl okay. Outspoken, physically nampak ganas tapi hakikatnya sangat girlish!. Bukanla ganas yang macam lelaki, bukan juga yang samseng samseng tu tapi, ya.. dia sangat dia.  Yull juga nampak disenangi oleh kawan-kawan. Walaupun aku kata tadi dia outspoken, kalau marah memang dia akan bagi tunjuk kemarahan dia dengan orang yang cari masalah dengan dia la. Yul nampak ja macam tu tapi kalau diselami hati budi dia sebenarnya dia sangaaaaat sweet!. Bole bole dapat “nota cinta” dengan tiba-tibanya, selak buku tiba tiba ada sticky note tertulis “I love you babe” laa, “saranghae” la.. dan semua tu buat aku rasa kena sayang dan aku pun tambah sayang dengan Yull, the love grows masha Allah!.   +Siti Zuraina Dullah   and +Eyra Md.Yassin  

Masa.

Adalah sesuatu yang memalukan apabila kau kata sibuk  sehingga tiada waktu untuk membaca kitab-Nya, sehingga tiada waktu untuk berdua bersama-Nya, sehingga tiada waktu untuk mengingati-Nya. sedangkan, masa itu, waktu itu DIA yang beri, DIA yang punya. Astaghfirullahal'aziim. Sesungguhnya kekuatan untuk mengurus masa yang sibuk itu datang dari Allah. Kau sebenarnya tidak punya apa apa.

Berputus asa itu bukan aku.

Image
Bismillah. Jangan berputus asa. Bersyukur dengan apa yang ada di depan mata. Teruskan melangkah gagah, seiring doa. Buktikan kepada mereka, yang kau jatuh tapi mampu untuk bangkit semula!. Dan segalanya memerlukan kau untuk lebih BERUSAHA! Dear, mama, bapa, guru-guru, keluarga dan rakan-rakan. Saya dalam misi menebus kekecewaan lalu. Berikan saya peluang untuk membuktikan,   SEKALIKU JATUH, SEJUTA KALIKU BANGKIT!  

Dear Last Semester for STPM 2013/2014,

Image
Assalamu'alaikum. Hai! STPM Sem.3! Dua Kerja Kursus perlu disiapkan. Silibus bagi setiap matapelajaran memerlukan aku untuk kalis cabaran.   Saya cukup maklum yang cabaran yang akan ditempuhi bukan mudah. Tapi, izinkanlah saya mencuba sedaya upaya saya untuk membuktikan yang saya boleh. Saya tahu, bagi memperoleh kejayaan itu tidak mudah. Disebabkan oleh itu saya perlu mujahadah niat dan berusaha habis-habisan kerana Allah. Saya tidak mahu tewas dengan pengaruh terpesongnya nawaitu ketika belajar. Sebaliknya, saya akan belajar untuk tahu bukan untuk peperiksaan semata-mata.  "Zafirah, dunia ini untuk berjuang dan penat, kita rehatlah bila mati nanti di syurga" Biar penat sekarang, biar. "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia"  (Al-Mu'minun,23:1-3) "Sesungguhnya bersama kesu

Cerita Cinta Ahmad Ammar sebagai motivasi dan inspirasi.

Image
Bismillah. Assalamu'alaikum. Aku baru habis baca buku yang baru aku beli guna BB1M yang berjudul Cerita Cinta Ahmad Ammar. Tidak dinafikan, siapa yang tidak tahu cerita fenomena Ahmad Ammar?. Kematiannya membangkitkan banyak jiwa. Semasa baca buku itu, diri ini tidak berhenti dari berkata, Allah mulia sungguh budi pekerti Ammar ini, berakhlak terpuji, disenangi dan disayangi oleh orang-orang yang mengenalinya. Prinsip hidupnya yang lebih rela berpenat di dunia demi mencari dan mendalami ilmu itu sungguh SubhanAllah!. Visinya yang ingin menjadi sejarawan perantau, menziarahi serta mengkaji ketamadunan dan kekayaan sejarah bangsa negara Turki dan kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka membuatkan setiap hati-hati yang dulunya leka dan alpa terhadap tanggungjawab serta amanah sebagai penuntut ilmu kembali sedar akan keutamaan itu. Hati-hati yang asalnya merungut dan sering mengeluh kembali mencerminkan diri sendiri, jika Ammar dan sahabat-sahabatnya boleh kenapa aku t

Aku&SEMEKAR: 2 Sudah, 1 lagi : )

Image
Assalamu’alaikum. Hai! Ini cerita pasal kehidupan sebagai pelajar Tingkatan 6 yang guna sistem baharu iaitu “Sistem Modular”. Ya, saya tahu memang ramai orang di luar sana yang tidak tahu STPM sistem baharu tu macam mana. Yang sedihnya, ada juga yang masih dengan fikiran tampuk lama pasal tingkatan 6 ni sampai “underestimate” pelajar2 tingkatan 6, sedihla macam ni T_T Wahai cik kak cik kak, encik abang encik abang,   makcik makcik, pakcik pakcik, adik adik lepasan SPM bukala mata dan minda, rajinkanla diri pegi google Tingkatan 6 tu macam mana, Tingkatan 6 sistem baharu itu macam mana. Kalau malas pun mau google, tanyala kepada orang yang tahu, tanyala pelajar Tingkatan 6 atau guru-guru Tingkatan 6 yang lebih tahu dan lebih faham pasal perkara ini. Jangan pandang sebelah mata dengan Tingkatan 6. Tolong. Fuwhh~ intro pun suda begitu penuh dengan ehmohsi ==’ So, let’s moving to the story about life di Tingkatan 6 aka Pra-U di SEMEKAR sepanjang penggal 2 ini. seperti