Inspirasi Khemah Bergerak


Assalamu'alaikum. 

hai there! whats up?



Hari tu aku saja-saja untuk search nama Dena Bahrin tapi bukan untuk baca blog dia atau pun tengok tweeter dia aku sengaja untuk baca cerita orang lain yang pernah jumpa dengan dia .
 Scroll down punya scroll down sampai nampak tajuk yang menarik hati aku terjumpa blog kakak niAisyah Shakirah Menurut apa yang aku tahu, dia senior satu tahun dari aku maksudnya masa aku lahir tahun 1995 dia 1994 tapi jauh sekali untuk satu sekolah lah,, dia di semenanjung nun aku di sini Sabah, land below the wind :)

Aku tertarik dengan blog Aisyah Shakirah ni sebab dia seorang muslimah dan entri-entri blog dia pun menarik, penulisan yang begitu berisi dan oh ya dia juga seorang  Vlogger!. Apa yang dia sampaikan melalui penulisan atau video dia memang kena lah dengan jiwa-jiwa muslimah yang dalam mencari keteguhan hati untuk kekal menjadi muslimah yang betul-betul mengikut kehendak syariat. 

Sekali lagi aku berfikir pasal tulis menulis ni, “ya, dia salah seorang daripada penulis blog yang kini menjadi favorite aku!” . Sangat padan untuk dijadikan contoh. Cara pemakaian dia, cara dia bercakap, apa yang dia cakap dan apa yang dia tulis. Syukur Allah bukakan hati aku untuk baca blog dia dan terus jatuh cinta dengan isi dalam blog Aisyah Shakirah insyaAllah akan dipraktikkan dalam hidup aku mungkin tidak sekali gus tapi step by step.  Sangat membuka mata.

Imej kak Aisyah Shakirah yang berhijab labuh and ofcourse covering chest lah kan? Walaupun dia ambil jurusan Law di UiTM Shah Alam dan bukan di UiAM atau uni yang memang berteraskan agama Islam tapi imej muslimah atau dalam kefahaman aku yang lain imej macam ustazah-ustazah  tu ada!. Ok, mungkin pemikiran aku sempit bahagian ni, asal orang pakai tudung yang besar-besar atau labuh mesti sekolah agama lah?, mesti ambil jurusan islamik-islamik lah macam syariah kah apa semua? Cis! Tapi ya, itu pandangan aku dulu sebab kebanyakannya begitu yang aku tahu. Asal ambil kos pendidikan islam automatik otak aku imagine mesti pakai tudung labuh, pakai stokin pokok pangkalnya tutup aurat secara sempurnalah well,bakal bergelar ustazah kan? Mestilah tunjuk imej ustazah. Sementara orang yang ambil kos yang luar dari opsyen agama pula akan di imagine berhijab yang biasa-biasa sahaja, tapi masih tutup cuma tidak tutup sesempurna bakal-bakal ustazahlah. Lihatlah betapa sempitnya pemikiran aku tu!.

Sehinggalah aku mula menyedari akan wujudnya wanita yang berimejkan muslimah solehah tapi cabang kerjayanya memang luar daripada opsyen agama. Contoh seperti cikgu yang ajar matematik,tapi ke sekolah untuk mengajar dengan memakai jubah dan dikenakan dengan tudung labuh serta berstokin,kemas nampak cantik pun kan?. Selain itu guru PJK? Meunutp aurat bukan menjadi penghalang, sekarang macam-macam jenis baju yang labuh dan sesuai dipakai untuk aktiviti outdoor bukan? Ditambah dengan tutorials memakai pelbagai jenis tudung yang covering our chest! dan buat tudung nampak labuh bila dipakai. See, bukan penghalang. Ada penyelesaian. 

Imej luaran menjadi first impression orang lain terhadap kita.

Bayangkan kita seorang engineer atau doktor atau apa-apa pun jenis kerjaya fardhu kifayah yang lain tapi kita membawa imej muslimah atau muslimat yang orang nampak kita macam ustazah atau ustaz pulak sebab penampilan kita nampak macam tu. Bukan kah itu satu advance kepada kita untuk menimba pengalaman di dunia disamping merebut ganjaran di akhirat kelak?, kita dapat dua dalam satu masa. Beruntung bukan?. 

  
Teringat masa mula-mula masuk sekolah masa form 1, ada satu orang cikgu yang  pakai kopiah ingatkan ustaz ajar bahasa arab atau pendidikan Islam sekali masuk kelas ajar matematik . Ketua bidang sains dan matematik pulak tu. Wuuu, first impression membuatkan aku terkejut lah akan hakikat sebenar, orang yang berkopiah tidak semestinya Ustaz!.


Jadilah professional tapi mutadayyin. Maksudnya jadilah seorang yang bekerjaya dan berjaya serta profesional macam mana sekali pun dalam bidang kerjaya kita tapi kita mesti menepati syariat instead of ikhlas dalam beramal.
 

Berhias jangan sampai tabbarruj wahai muslimah

 Dan Janganlah kamu hai wanita melakukan tabarruj seperti  tabarrujnya wanita-wanita jahaliyah yg terdahulu.
(33: Al-Ahzab)

Teringat perbualan aku dengan kakak  ;

Aku: kak aku mau pakai shawl macam Najwa Latif la, cover chest juga tu aku nampak. *amboihh*
Kakak: kau pakai macam satu orang blogger yang hijabista tapi labuh, siapa juga tu aa? Dddena Bahrin?. Dia memang lawa lah tapi kalau kau ni?? Emm?? @#$%^
Aku: cis!*dalam hati,ok sedar diri tidak comel*. Aku suka baca blog dia tu,dia memang comel



Aisyah Shakirah & Dena Bahrin
photo Credits

Nampak cara Dena Bahrin dan Aisyah Shakirah pakai shawl?, labuhkan?. 
Hijabista juga tapi masih tutup, tidak singkat pakaian pun tidak ketat, indah bukan?.


Dan kenapa khemah bergerak ? check it out THIS by Aisyah Shakirah. well, ya kami pakai khemah atas kepala kami. Aren't we're lucky?

Stay awesome muslimah! All the best!




Comments

Popular posts from this blog

I'm sorry, this is another heart break story.

Healing from a heartbreak thoughts.

Aku&SEMEKAR: 2 Sudah, 1 lagi : )

My September 2022 : Our Best Friend Kahwin!

Kerinduan yang ke-9 tahun.